Tidak seperti bahagian Asia Tenggara yang lain, Bugis tidak banyak  menerima pengaruh India di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya  pengaruh India yang jelas ialah tulisan Lontara yang berdasarkan skrip  Brahmi, dimana ia dibawa melalui perdagangan. Kekurangan pengaruh India,  tidak seperti di Jawa dan Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti  awal ketika itu kuat menentang asimilasi budaya luar.
Perubahan Dari Zaman Logam
_______________________________
Permulaan  sejarah Bugis lebih kepada mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks La  Galigo, populasi awal adalah terhad dan terletak di persisiran pantai  dan tebing sungai dan penempatan ini dihubungi dengan pengangkutan air.  Penempatan di tanah tinggi pula didiami oleh orang Toraja.  Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga  pemerintahan iaitu Wewang Nriwuk, Luwu' dan Tompoktikka.  Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan awal  tersebar di seluruh Tana Ugi, malahan jauh ketengah hutan dimana tidak  dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut mitos, terdapat  migrasi yang ingin mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi  penempatan ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan fizikal hutan,  dimana hutan-hutan ditebang dan proses diteruskan sehingga abad ke20.
Teknik Dan Perbezaan Ekonomi
Penebangan  hutan ini mungkin seiring dengan pembuatan besi untuk membuat alat-alat  tertentu seperti kapak. Malahan, pemerintah pertama (mengikut sejarah)  kerajaan Bone memakai gelaran 'Panre Bessi' atau 'Tukang Besi'. Selain  itu, terdapat juga hubungan yang cukup rapat diantara pemerintah  Sidenreng dengan penduduk kampung Massepe, tempat penumpuan pembuatan  alatan besi oleh orang Bugis dan tempat suci dimana 'Panre Baka'  ('Tukang Besi Pertama') turun dari Syurga/Langit. Walaubgaimanapun,  sesetengah mengatakan 'Panre Baka' berasal dari Toraja.
Satu lagi  inovasi yang diperkenalkan ialah penggunaan kuda. Walaupun tidak  disebut di dalam teks La Galigo, menurut sumber Portugis, pada abad  ke16, terdapat banyak penggunaan kuda di kawasan gunung. Maka, inovasi  ini mungkin diperkenalkan antara abad ke 13 dan abad ke 16. Maksud kuda  di dalam Bahasa Bugis , ialah 'anyarang' (Makassar: jarang), cukup  berbeza dengan Bahasa Melayu, malahan ia diambil dari Jawa ( 'jaran' ).  Perkataan ini mungkin digunakan pada abad ke14, ketika Jawa diperintah  oleh Majapahit.
Pertambahan penduduk memberi kesan kepada teknik  penanaman padi. Teknik potong dan bakar digantikan dengan teknik  penanaman padi sawah. Penanaman padi sawah terang-terangan diimport  kerana penyuburan sawah (plough) di dalam Bahasa Bugis ialah 'rakalla'  berasal dari perkataan 'langala' yang digunakan hampir seluruh Asia  Tenggara, contohnya Cam, 'langal', Khmer, angal dan Bahasa Melayu,  tengala. Teknik 'rakalla' ini digunakan di India dan sebahagian Asia  Tenggara, manakala sebahagian lagi daripada Asia Tenggara diambil dari  China. Ini sekaligus membuktikan wujudnya perhubungan diantara Sulawesi  Selatan dengan bahagian barat Asia Tenggara selain Jawa.
Perubahan  di dalam bidang ekonomi berhubung kait dengan pertambahan penduduk di  tangah-tengah benua. Pada mulanya, sumber ekonomi majoriti populasi  Bugis ialah penanaman padi manakala golongan elit mengawal sumber-sumber  asli dari hutan, perlombongan dan sumber-sumber dari laut.  Sumber-sumber asli ini mendapat permintaan dari luar Sulawesi dan ini  membolehkan golongan elit memperdagangkan sumber-sumber ini dan  membolehkan mereka membeli barang-barang mewah dari luar seperti seramik  China, Sutera India, cermin etc. Walaubagaimanapun, pengawalan  pertanian oleh golongan elit masih memainkan peranan penting ketika itu.
Perubahan Sosio-Politik
Implikasi  terakhir dari penyebaran etnik Bugis keseluruh Sulawesi Selatan ialah  perubahan didalam politik. Kerajaan-kerajaan lama Bugis iaitu Luwu',  Sidenreng, Soppeng dan Cina (kemudiannya menjadi Pammana) masih berkuasa  tetapi mungkin terdapat pembaharuan didalam pentadbiran ataupun  pertukaran dinasti. Kuasa-kuasa kecil muncul di penempatan-penempatan  baru ( 'wanua' ) dan diperintah oleh seorang ketua digelar 'matoa' atau  'arung'. Sesetengah penempatan awal ini (tidak disebut didalam La  Galigo) seperti Bone, Wajo dan Goa kemudiannya menjadi kerajaan-kerajaan  utama.
Walaubagaimnapun, sesetengah kerajaan yang disebut di  dalam teks La Galigo seperti Wewang Nriwu' dan Tompoktikka 'hilang' di  dalam rekod sejarah, dan ini menyebabkan sesetengah sejarahwan percaya  bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak wujud sama sekali.
Kontranya,  terdapat perubahan didalam sosio-politik yang nyata di permulaan teks  sejarah iaitu wujudnya satu perhubungan kontrak di antara pemerintah dan  pa'banua (rakyat negeri tersebut yang merupakan orang kebanyakkan.) Di  dalam masyarakat awal, keselamatan dan sumber pendapatan penduduk  (seperti mendirikan rumah, memberi kerja dan membekalkan keperluan  tertentu) merupakan tanggungjawab pemerintah. Situasi ini berbeza sekali  seperti di dalam teks La Galigo di mana pemerintah tidak perlu  membekalkan apa-apa kepada penduduk.
Perubahan Agama
Kesinambungan  dari zaman logam diteruskan di dalam bidang keagamaan. Bissu (bomoh)  kekal menjadi elemen penting di dalam hal-hal keagamaan sebelum  kedatangan Islam. Perubahan di dalam bidang keagamaan ialah pembakaran  mayat dan debu bagi orang-orang terpenting di simpan di dalam tempat  penyimpanan debu (bersaiz seperti labu) manakala tempat pembakaran mayat  disebut Patunuang. Walaubagaimanapun, pembakaran mayat terhad kepada  tempat-tempat tertentu. Menurut sumber Portugis, Makassar mengekalkan  teknik penanaman mayat dan Toraja pula membiarkan mayat reput di  gua-gua.
Pemerintah-pemerintah awal pula tidak ditanam mahupun  dibakar dan mereka dikatakan 'hilang', bermaksud kembali ke syurga.  Menurut sumber, mayat-mayat pemerintah awal dibiarkan bersandar di pokok  reput sehingga tinggal tulang. Mayat bayi pula di tenggelamkan di  sungai ataupun laut.
________________________
Kerajaan-Kerajaan Awal Bugis
_________________________
Di  akhir abad ke 15, Luwu', yang dianggap sebagai ketua bagi komuniti  Bugis, mendominasi kebanyakkan kawasan di Tana Ugi termasuklah tebing  Tasik Besar, sepanjang sungai Welennae, tanah pertanian di sebelah  timur, sepanjang persisiran pantai yang menghadap Teluk Bone,  Semenanjung Bira, Pulau Selayar dan Tanjung Bataeng. Walaubagaimanapun,  kerajaan ini mula menghadapi tentangan dari kerajaan-kerajaan lain di  sekitarnya.
Situasi Politik Di Akhir Abad ke 15
Pada awal  abad ke 15, Luwu' menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi Tasik  Besar. Penempatan Luwu' pula terletak di muara sungai Cenrana, manakala  di hulu sungai pula terdapat beberapa kerajaan kecil. Luwu' cuba  mengekalkan pengaruhnya di bahagian barat, di jalan perhubungan antara  Selat Makassar dan Sungai Cenrana melalui Tasik Besar, untuk mengawal  perdagangan sumber-sumber asli di sebelah barat, mineral dari  pergunungan Toraja dan sumber pertanian sepanjang Sungai Welennae.  Walaubagaimanapun, Sidenreng, terletak di bahagian barat Tasik Besar  telah memilih untuk berlindung di bawah Soppeng. Pada masa yang sama,  Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga terletak di  sebelah barat telah membentuk satu konfederasi dinamakan ' Aja'tappareng  ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan Luwuk hilang  pengaruh di atas kawasan ini.
Malahan, sesetengah  penempatan-penempatan Bugis mula enggan berada dibawah pemerintahan  Luwu'. Di hulu Sungai Cenrana pula, kerajaan Wajo' sedang membangun dan  mula menyebarkan pengaruhnya untuk mengawal kawasan sekelilingnya.  Manakala pemerintah-pemerintah di kawasan sekeliling Wajo' pula di gelar  'Arung Matoa' bermaksud Ketua Pemerintah. Sekitar 1490, salah seorang  dari pemerintah ini membuat perjanjian dengan Wajo', dan sekaligus  meletakkan Luwu' dibawah pengaruh Wajo'. Pada tahun 1498 pula, penduduk  Wajo' melantik Arung Matoa Puang ri Ma'galatung, seorang pemerintah yang  disegani oleh orang Bugis, dan berjaya menjadikan Wajo' sebagai salah  satu kerajaan utama Bugis.
Di sebelah selatan pula, Bone, di  bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di  kawasan pertanian sekaligus membantu ekonomi Bone, menambah kuasa buruh  dan kuasa tentera.
Penempatan Bugis yang disebut di dalam La  Galigo kini terletak di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan yang membangun.  Soppeng pula terperangkap di antara Sidenreng, Wajo' dan Bone manakala  penempatan di tanah tinggi cuba keluar dari pengaruh Luwu' dan pada masa  yang sama ingin mengelakkan pengaruh kerajaan-kerajaan yang sedang  membangun.
Kejatuhan Luwuk
Tempoh antara 1500 dan 1530  menyaksikan kerajaan Luwu' mula merosot. Ketika itu, Luwu' diperintah  oleh Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat. Didalam pertemuan diantara  Dewaraja dan Arung Matoa Puang ri Ma'galatung pada tahun 1508, Dewaraja  bersetuju untuk menyerahkan kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Cenrana  kepada Wajo' sebagai pertukaran Wajo' hendaklah membantu Luwu' menguasai  Sidenreng dimana Sidenreng berjaya dikuasai oleh Luwuk dan Sidenrang  terpaksa menyerahkan kepada Wajo' kawasan timur laut dan utara Tasik  Besar.
Pada tahun 1509, Luwu' menyerang Bone untuk menyekat kuasa  Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi sebuah kerajaan yang  kuat dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan Dewaraja, walaupun  berjaya melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak kerana amaran  pemerintah Bone kepada tenteranya untuk tidak 'menyentuh' ketua musuh  Bone. Walaubagaimanapun, Payung Merah milik Luwu' yang menjadi simbol  ketuanan tertinggi berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan  Luwu' di negeri-negeri Bugis. Walaubagaimanapun, ketuanan Luwu' masih  disanjung tinggi dan dihormati oleh kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi  Selatan. Bila penggantinya Dewaraja mangkat, Wajo' menyerang Luwu' dan  meluaskan pengaruhnya di daerah-daerah Luwu'. Ini membolehkan Wajo'  menguasai beberapa kawasan-kawasan yang strategik.
Kemunculan Makassar
Pada  masa yang sama, berlakunya peristiwa-peristiwa penting di sebelah barat  dan selatan Sulawesi Selatan. Siang ketika itu masih lagi menjadi kuasa  utama di persisiran barat Makassar dan Bantaeng (ketika itu dibawah  penagruh Luwu') di sebelah selatan manakala terdapat dua penempatan  Makassar iaitu Goa dan Tallo' yang mula membangun dan meluaskan pengaruh  mereka.
Mengikut sumber yang diragui kesahihannya, Goa dan  Tallo' pada mulanya adalah satu negeri. Pada sekitar abad ke 15, Raja  Tunatangka'lopi membahagikan kawasan itu kepada dua orang puteranya  menjadi Goa dan Tallo'. Terdapat juga kisah yang lain di mana dibawah  Raja Daeng Matanre' (1510-1547), suatu pejanjian telah dibuat. Mengikut  perjanjian tersebut, Goa dan Tallo' akan menjadi kerajaan kembar, di  mana terdapat dua pemerintah tetapi satu kerakyatan. Sesiapa yang cuba  menentang perjanjian ini akan dihukum oleh Tuhan. Peristiwa ini mengikut  Bulbeck('History Archeology':117) berlaku selepas 1535. Peta Sulawesi  yang dilukis Portugis pertama kali pada tahun 1534 tidak menyentuh  tentang Goa, dan hanya memeta 'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan  'Agacim'(Garassi'). Mengikut penulisan Antonio de Paiva, Goa, (di mana  didalam penulisannya merujuk kepada Bandar Besar) yang kemudiannya  muncul di peta Portugis, sebelumnya dianggap di bawah pengaruh Siang.  Sebaliknya kerajaan Tallo' yang dibawah pengaruh Siang dan kemudiannya  dibawah pengaruh Goa. Goa kemudiannya menguasai Garassi', sebuah  pelabuhan yang menghubungkan Jawa, sekaligus membolehkan Goa mengawal  perdagangan laut.
Permualaan sejarah Goa dan Tallo' berlaku di  akhir abad ke 15, tetapi laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang  berlaku di kedua-dua kawasan itu masih tidak jelas. Polisi perluasan  kuasa mungkin bermula ketika zaman pemerintahan Raja Daeng Matenre, Goa,  dan berterusan selama dua abad selepasnya. Antara daerah-daerah yang  dikuasainya ialah Bajeng, sekutu-sekutu Tallo', kawasan-kawasan di bawah  pengaruh Bantaeng dan Gantarang.
Kejayaan kerajaan kembar ini,  lebih dikenali dikalangan pedagang asing sebagai sebuah 'negara' digelar  Makassar. Ia boleh dikatakan satu gabungan yang bijak di mana  pemerintah Goa meneruskan penguasaan wilayah manakala pemerintah Tallo',  yang mendapati potensi Makassar sebagai pelabuhan yang berjaya,  menumpukan bahagian perdagangan. Ini kemudiannya menjadikan Makassar  salah satu kuasa yang kuat di Sulawesi Selatan.
Kemangkatan  Dewaraja, pemerintah Luwuk, menyebabkan berlakunya perbalahan dinasti.  Daeng Mantare membantu Bone menawan Luwuk di mana ketika itu  pemerintahan Luwuk dituntut oleh Sanggaria. Pada sekitar tahun 1535,  Sanggaria kemudiannya mendapatkan perlindungan di Wajo'. Kesempatan ini  direbut oleh Bone dan Goa di mana Luwuk kemudiannya terpaksa  menandatangani perjanjian mengakui kekalahannya dan akan menyertai Goa,  Bone dan Soppeng menentang Wajo' atas tindakan Wajo' yang bersifat  neutral ketika peperangan berlaku. Ini menyebabkan Wajo' terpaksa  menukar ikrar setia dari Luwuk kepada Goa. Sanggaria kemudiannya  dibenarkan menjadi raja Luwuk tanpa kuasa.
____________________________
BUGIS
_______________________________
Orang  Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan  populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi  Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian  daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di  Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak
Etnik  Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di  dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang  berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan  utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau  dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama  Islam.
____________________________________----
Tidak seperti  bahagian Asia Tenggara yang lain, Bugis tidak banyak menerima pengaruh  India di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya pengaruh India yang jelas  ialah tulisan Lontara yang berdasarkan skrip Brahmi,yang berkembang  melalui arus perdagangan. Kekurangan pengaruh India, tidak seperti di  Jawa dan Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti awal ketika itu kuat  menentang asimilasi budaya luar.
Permulaan sejarah Bugis lebih kepada  mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks La Galigo, populasi awal adalah  terdapat di pesisir pantai dan tebing sungai dan dan menempati wilayah  wilayah yand dekat dengan pusat perairan. Penempatan di tanah tinggi  pula didiami oleh orang Toraja. Penempatan-penempatan ini bergantung  kepada salah satu daripada tiga pemerintahan yaitu Wewang Nriwuk, Luwu’  dan Tompoktikka. Walau bagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat  kemungkinan penempatan awal tersebar di seluruh Tana Ugi, malahan jauh  ketengah hutan dimana tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air.  Mengikut mitos, terdapat migrasi yang ingin mencari tanah baru untuk  didiami. Implikasi penempatan ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan  fizikal hutan, dimana hutan-hutan ditebang dan proses diteruskan  sehingga abad ke 20.
Suku Bugis adalah suku yang tergolong ke  dalam suku suku Deutero-Melayu, atau Melayu muda. Masuk ke Nusantara  setelah gelombang migrasi pertama dari daratan Asia tepatnya Yunan. Kata  ‘Bugis’ berasal dari kata To Ugi, yang berarti orang Bugis. Penamaan  “ugi” merujuk pada raja pertama kerajaan Cina (bukan negara Tiongkok,  tapi yang terdapat di jazirah Sulawesi Selatan tepatnya Kecamatan  Pammana Kabupaten Wajo saat ini) yaitu La Sattumpugi. Ketika rakyat La  Sattumpugi menamakan dirinya, maka mereka merujuk pada raja mereka.  Mereka menjuluki dirinya sebagai To Ugi atau orang-orang/pengikut dari  La Sattumpugi. La Sattumpugi adalah ayah dari We Cudai dan bersaudara  dengan Batara Lattu, ayahanda dari Sawerigading. Sawerigading sendiri  adalah suami dari We Cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk La  Galigo yang membuat karya sastra terbesar didunia dengan jumlah kurang  lebih 9000 halaman folio. Sawerigading Opunna Ware (Yang dipertuan di  ware) adalah kisah yang tertuang dalam karya sastra I La Galigo dalam  tradisi masyarakat Bugis. Kisah Sawerigading juga dikenal dalam tradisi  masyarakat Luwuk Banggai, Kaili, Gorontalo dan beberapa tradisi lain di  Sulawesi seperti Buton.
B. Bahasa
Bahasa Bugis adalah bahasa  yang digunakan etnik Bugis di Sulawesi Selatan, yang tersebar di  kabupaten sebahagian Kabupaten Maros, sebahagian Kabupaten Pangkep,  Kabupaten Barru, Kota Pare-pare, Kabupaten Pinrang, sebahagian kabupaten  Enrekang, sebahagian kabupaten Majene, Kabupaten Luwu, Kabupaten  Sidenrengrappang, Kabupaten Soppeng,Kabupaten Wajo, Kabupaten Bone,  Kabupaten Sinjai, Kabupaten Bulukumba, dan Kabupaten Bantaeng.  Masyarakat Bugis memiliki penulisan tradisional memakai aksara Lontara.  Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi  aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali  sebagai ‘Bahasa Ugi’ dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil  ‘aksara’ Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu  melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.
Aksara Bugis
aksara bugis
aksara bugis
C. Mata Pencaharian
Karena  masyarakat Bugis tersebar di dataran rendah yang subur dan pesisir,  maka kebanyakan dari masyarakat Bugis hidup sebagai petani dan nelayan.  Mata pencaharian lain yang diminati orang Bugis adalah pedagang. Selain  itu masyarakat Bugis juga mengisi birokrasi pemerintahan dan menekuni  bidang pendidikan.
D. Sistem kemasyarakatan
Dalam sistem perkawinan adat Bugis terdapat perkawinan ideal:
1. Assialang maola
Ialah perkawinan antara saudara sepupu derajat kesatu, baik dari pihak ayah maupun ibu.
2. assialanna memang
ialah perkawinan antara saudara sepupu derajat kedua, baik dari pihak ayah maupun ibu.
3. ripaddeppe’ abelae
ialah perkawinan antara saudara sepupu derajat ketiga, baik dari pihak ayah maupun ibu atau masih mempunyai hubungan keluarga
Adapun perkawinan – perkawinan yang dilarang dan dianggap sumbang (salimara’):
1. perkawinan antara anak dengan ibu / ayah
2. perkawinan antara saudara sekandung
3. perkawinan antara menantu dan mertua
4. perkawinan antara paman / bibi dengan kemenakan
5. perkawinan antara kakek / nenek dengan cucu
Tahap – tahap dalam perkawinan secara adat :
1. Lettu ( lamaran)
ialah  kunjungan keluarga si laki-laki ke calon mempelai perempuan untuk  menyampaikan keinginan nya untuk melamar calon mempelai perempuan
2. Mappettuada. (kesepakatan pernikahan)
Ialah  kunjungan dari pihak laki-laki ke pihak perempuan untuk membicarakan  waktu pernikahan,jenis sunrang atau mas kawin,balanja atau belanja  perkawinan penyelanggaran pesta dan sebagainya
3. Madduppa (Mengundang)
Ialah  kegiatan yang dilakukan setelah tercapainya kesepakayan antar kedua  bilah pihak untuk memberi tahu kepada semua kaum kerabat mengenai  perkawinan yang akan dilaksanakan.
4. Mappaccing (Pembersihan)
Ialah  ritual yang dilakukan masyarakat bugis (Biasanya hanya dilakukan oleh  kaum bangsawan), Ritrual ini dilakukan padah malam sebelum akad nikah di  mulai, dengan mengundang para kerabat dekat sesepuh dan orang yang  dihormati untuk melaksanakan ritual ini, cara pelaksanaan nya dengan  menggunakan daun pacci (daun pacar), kemudian para undangan di  persilahkan untuk memberi berkah dan doa restu kepada calon mempelai,  konon bertujuan untuk membersihkan dosa calon mempelai, dilanjutkan  dengan sungkeman kepada kedua orang tua calon mempelai.
pasangan pengantin
pasangan pengantin
Hari  pernikahan dimulai dengan mappaendre balanja , ialah prosesi dari  mempelai laki-laki disertai rombongan dari kaum kerabat, pria-wanita,  tua-muda, dengan membawa macam-macam makanan, pakaian wanita, dan  mas-kawin ke rumah mempelai wanita. Sampai di rumah mempelai wanita  langsung diadakan upacara pernikahan,dilanjutkan dengan akad nikah. Pada  pesta itu biasa para tamu memberikan kado tau paksolo’. setelah akad  nikah dan pesta pernikahan di rumah mempelai wanita selesai  dilalanjutkan dengan acara “mapparola” yaitu mengantar mempelai wanita  ke rumah mempelai laki-laki.
mappaenre botting
mappaenre botting
Beberapa  hari setelah pernikahan para pengantin baru mendatangi keluarga  mempelai laki-laki dan keluarga mempelai wanita untuk bersilaturahmi  dengan memberikan sesuatu yang biasanya sarung sebagai simbol perkenalan  terhadap keluarga baru. Setelah itu,baru kedua mempelai menempati rumah  mereka sendiri yang disebut nalaoanni alena.
Sistem Kemasyarakatan menurut Friedericy, dulu ada tiga lapisan pokok, yaitu:
1. Anakarung : lapisan kaum kerabat raja-raja.
2. To-maradeka Tu-mara-deka : lapisan orang merdeka yang merupakan sebagian besar dari rakyat Sulawesi Selatan.
3.  Ata : lapisan orang budak, yaitu orang yang ditangkap dalam peperangan,  orang yang tidak dapat membayar hutang, atau orang yang melanggar  pantangan adat.
Susunan Lapisan Gelar-gelar yang terdapat pada Suku Bugis:
1. Datu
2. Arung
3. Andi
4. Puang
5. Iye
6. uwa
ADAT ISTIADAT DAN PRILAKU HIDUP BERMASYARAKAT
System norma dan aturan-aturan adatnya yang keramat dan sacral yang keselaruhnya disebut panngadderreng (panngadakkang).
Sistem adat keramat dari orang bugis terdiri atas 5 unsur pokok, yaitu:
1.Ade’( ada’)
Ade adalah bagian dari panggaderreng yang secara khusus terdiri dari:
a.  Ade’ akkalabinengeng atau norma mengenai hal-hal ihwal perkawinan  serata hubungan kekerabatan dan berwujud sebagai kaidah-kaidah  perkawinan, kaidah-kaidah keturunan, aturan-aturan mengenai hak dan  kewajiban warga rumah tangga, etika dalam hal berumah tangga dan sopan  santun pergaulan antar kaum kerabat
b. Ade’ tana atau norma mengenai  hal ihwal bernegara dan memerintah Negara dan berwujud sebagai hukum  Negara, hukum anatar Negara, serta etika dan pembinaan insan politik.
Pengawasan  dan pembinaan ade’ dalam masyarakat orang Bugis biasanya dilaksanakan  oleh beberapa pejabat adapt seperti : pakka tenniade’, puang ade’,  pampawa ade’, dan parewa ade’.
2. Bicara
Bicara adalah unsur yang  mengenai semua aktivitas dan konsep-konsep yang bersangkut paut dengan  keadilan, maka kurang lebih sama dengan hukum acara,menentukan  prosedurenya serta hak-hak dan kewajiban seorang yang mengajukan  kasusnya di muka pengadilan atu mengajukan gugatan.
3. Rapang
Contoh,  perumpamaan, kias, atau analogi. Rapang menjaga kepastian dan  konstinuitet dari suatau keputusan hukum taktertulis dalam masa yang  lampau sampai sekarang, dengan membuat analogi dari kasus dari masa  lampau dengan yang sedang di garap sekarang.
4. Wari’
Melakukan  klasifikasi dari segala benda, peritiwa, dan aktivitetnya dalam  kehidupan masyarakat menurut kategorinya. Misalnya untuk memelihara tata  susunan dan tata penempatan hal-hal dan dan benda-benda dalam kehidupan  masyarakat; untuk emelihara jalur dan garis keturunan yang mewujudkan  pelapisan social; untuk memlihara hubungan kekerabatan antara raja suatu  Negara dengan raja dari Negara lain, sehingga dapat ditentukan mana  yang muda dan mana yang tua dalam tata uacara kebesaran.
6. Sara’
Pranata dan hokum Islam dan yang melengkapkan keempat unsurnya menjadi lima.
Dalam  kasusastraan Pasengyang memuat amanat-amanat dari nenek moyang, ada  contoh-contoh dari ungkapan-ungkapan yang diberikan kepada konsep siri’  seperti:
1. siri’ emmi rionrowang ri-lino artinya: hanya untuk siri’  sajalah kita tinggal di dunia. Arti siri sebagai hal yang memberi  identitet social da martabat kepada seorang Bugis
2. mate ri siri’na  artinya mati dalam siri’ atau mati untuk menegakkan martabat dalam  diri,yang dianggap suatu hal yang terpuji dan terhormat
3. mate siri’  artinya mati siri’ atau orang yang sudah hilang martabat dirinya dalah  seperti bangkai hidup. Kemudia akan melakukan jallo atau amuk sampai ia  mati sendiri.
Agama dari penduduk Sulawesi Selatan kira-kira 90%  adalah Islam, sedang 10 % memeluk agama Kristen Protestan atau Katolik.  Umat Kristen atau Katolik biasanya pendatang dari Maluku, Minahasa, dan  lain-lain atau dari orang Toraja.
E. KESENIAN
Alat musik
#Kecapi
Kacapi
Kacapi
Salah  satu alat musik petik tradisional Sulawesi Selatan khususnya suku  Bugis, Bugis Makassar dan Bugis Mandar. Menurut sejarahnya kecapi  ditemukan atau diciptakan oleh seorang pelaut, sehingga bentuknya  menyerupai perahu yang memiliki dua dawai, diambil karena penemuannya  dari tali layar perahu. Biasanya ditampilkan pada acara penjemputan para  tamu, perkawinan, hajatan, bahkan hiburan pada hari ulang tahun.
sinrili
alat  musik yang mernyerupai biaola cuman kalau biola di mainkan dengan  membaringkan di pundak sedang singrili di mainkan dalam keedaan pemain  duduk dan alat diletakkan tegak di depan pemainnya.
gendang
Musik perkusi yang mempunyai dua bentuk dasar yakni bulat panjang dan bundar seperti rebana.
seruling
Suling bambu/buluh, terdiri dari tiga jenis, yaitu:
• Suling panjang (suling lampe), memiliki 5 lubang nada. Suling jenis ini telah punah.
• Suling calabai (Suling ponco),sering dipadukan dengan piola (biola) kecapi dan dimainkan bersama penyanyi
•  Suling dupa samping (musik bambu), musik bambu masih terplihara di  daerah Kecamatan Lembang. Biasanya digunakan pada acara karnaval  (baris-berbaris) atau acara penjemputan tamu.
Seni Tari
• Tari pelangi; tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.
•  Tari Paduppa Bosara; tarian yang mengambarkan bahwa orang Bugis jika  kedatangan tamu senantiasa menghidangkan bosara, sebagai tanda  kesyukuran dan kehormatan.
• Tari Pattennung; tarian adat yang  menggambarkan perempuan-perempuan yang sedang menenun benang menjadi  kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan perempuan-perempuan Bugis.
•  Tari Pajoge’ dan Tari Anak Masari; tarian ini dilakukan oleh calabari  (waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan  dikategorikan telah punah.
• Jenis tarian yang lain adalah tari Pangayo, tari Passassa’, tari Pa’galung, dan tari Pabbatte.
Makanan Khas
1.COTO MAKASSAR
2.KONRO
3.SOP SAUDARA
4.PISANG EPE’
5.PISANG IJO
6.PALU BASSAH
7.PALU BUTUNG
8.Nasu palekko (bebek)
Permainan
Beberapa  permainan khas yang sering dijumpai di masyarakat Pinrang: Mallogo,  Mappadendang, Ma’gasing, Mattoajang (ayunan), getong-getong, Marraga,  Mappasajang (layang-layang), Malonggak